This slideshow requires JavaScript.

Berikut adalah sebahagian kawasan yang berlopak di Jalan Sungai Kapar Indah 1/KU7. Jalan tersebut agak berbahaya terutamanya pada waktu malam disebabkan keadaan lampu yang suram dan kiri kanan jalan diselubungi semak samun. Jalan ini juga merupakan laluan utama untuk penduduk Pangsapuri Ceria dan Taman Baiduri untuk keluar masuk. Pihak Ceria dalam proses memaklumkan kepada pihak majlis berhubung perkara tersebut, terutamanya kawasan semak dikiri dan kanan jalan ini~admin

 

ImageImage

Image

Image

Advertisements

This slideshow requires JavaScript.

Berikut adalah sesi dialog diantara JMB dan Penduduk.

Dipengerusikan oleh Presiden Persatuan Penduduk Pangsapuri Ceria, En Zamsol dan para AJK.

Ribuan terima kasih kepada yang hadir.

Keperihatinan anda amat kami hargai.

-sekian-

Ya! ambang 2011 semakin hari semakin hampir dan 2010 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi.

Oleh yang demikian bagi semua penghuni serta penduduk Pangsapuri Ceria seperti lazimnya akan mengadakan acara sambutan tahun baru yang juga dikenali sebagai “AMBANG 2011” ia akan diadakan pada malam 31/12/2010 bermula jam 8.00pm sehingga detik tepat 12.00am (tengah malam).

Pelbagai acara menarik disediakan untuk kanak mahupun dewasa. Ia bertujuan bagi mengeratkan tali silaturahim sesama penduduk khususnya di Pangsapuri ini.

sekian:-

Pada  12 November 2010, yang lalu   satu dialog diantara penduduk dan badan pengurusan telah diadakan dan banyak perkara-perkara yang dapat diperbincangkan mengenai pengurusan Pangsapuri Ceria walaupun masih ada sebahagiannya masih dalam proses pembincangan. 

Dengan itu satu lagi sesi dialog akan diadakan diantara penduduk dan Badan Pengurusan Bersama  insyaAllah, pada hari Jumaat bersamaan 24 Disember 2010 tanggal 18 Muharam 1432.

Ia bertujuan untuk mengumpulkan maklumbalas dan pedapat-pendapat yang sebahagiannya boleh dimuktamadkan bagi memperbaiki mutu dalam pengurusan di kawasan Pangsapuri Ceria dalam suasana yang ‘Harmoni’.

Ia terbuka kepada penduduk yang tinggal di kawasan Pangsapuri Ceria, sesi kedua ini akan bermula pada pukul 8.00pm hingga 10.00pm berlangsung selama 2 jam. Bagi penyewa sila maklumkan kepada pemilik agar mereka dapat bersama-sama menghadirkan diri nanti.

Diharap pihak tuan/puan dapat menghadirkan diri dalam sesi dialog ini dan mohon jasa baik para penduduk agar tidak membawa anak-anak yang masih kecil bagi melancarkan lagi majlis ini.

Perlu diambil kira ia merupakan sesi dialog bukan sesi pedebatan  semoga yang akan hadir memahami dan menyediakan idea2 yang bernas dan berfikiran terbuka.

Sekian:-

Satu sesi dialog akan diadakan diantara penduduk dan Badan Pengurusan Bersama  insyaAllah, pada hari Jumaat bersamaan 12 November 2010 tanggal 5 Zulhijjah 1431.

Ia bertujuan untuk mengumpulkan maklumbalas dan pedapat-pendapat yang boleh diketengahkan bagi memperbaiki mutu dalam pengurusan di kawasan Pangsapuri Ceria dalam suasana yang ‘Harmoni’.

Ia terbuka kepada penduduk yang tinggal di kawasan Pangsapuri Ceria, sesi ini akan bermula pada pukul 9.00pm hingga 11.00pm berlangsung selama 2 jam. Bagi penyewa sila maklumkan kepada pemilik agar mereka dapat bersama-sama menghadirkan diri nanti.

Diharap pihak tuan/puan dapat menghadirkan diri dalam sesi dialog ini dan mohon jasa baik para penduduk agar tidak membawa anak-anak yang masih kecil bagi melancarkan lagi majlis ini.

Perlu diambil kira ia merupakan sesi dialog bukan sesi pedebatan  semoga yang akan hadir memahami dan menyediakan idea2 yang bernas dan berfikiran terbuka.

Sekian:-

Assalamualaikum.

Kepada semua penduduk surau pangsapuri Ceria Taman Sungai Kapar Indah, satu pekeliling berkaitan pendaftaran anak kariah masjid/surau negeri selangor telah dikeluarkan oleh JAIS/MAIS.

Sekiranya rumah tuan/puan mememiliki anak atau penghuni yang melebihi 18tahun keatas perlulah mengisi borang ini seorang satu borang. Borang yang telah lengkap diisi perlulah di beri kepada pengerusi atau AJK surau untuk tugas pendaftaran.

Tarikh tutup adalah pada 24/04/2010, iaitu dua minggu sebelum mesyuarat pelantikkan Ahli Jawatankuasa Surau Nurul Jannah yang baru.

sila download borang anak kariah disini : Borang_untuk_jadi_ahli_kariah

Sumber:- MyMetro Online

Oleh Muhammad Apendy Issahak
am@hmetro.com.my
2010/04/02

RAWANG: Nasib hampir 100 pemilik unit Pangsapuri Azalea Court, Lembah Hijau, Bandar Tasik Puteri di sini, yang mengalami pelbagai masalah dengan rumah mereka, semakin malang apabila penubuhan Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) didakwa tidak mengikut prosedur.

Penghuni pangsapuri terbabit mendakwa tidak tahu menahu mengenai JMB yang ditubuhkan pada 2 Mei 2009, malah tidak pernah bersetuju melantik sesiapa pun dari kalangan mereka untuk menjadi ahli JMB.

Harian Metro pada 25 Disember tahun lalu melaporkan aduan penduduk Pangsapuri Azalea Court, mengenai beberapa masalah seperti keretakan bangunan, kemudahan lif mendatangkan masalah, penyelenggaraan bangunan tidak sempurna dan paling utama harga unit lebih mahal daripada harga dijanjikan.
Difahamkan, janji pemaju bagi menyelesaikan masalah dan tuntutan penduduk secepat mungkin pada ketika itu belum ditunaikan, malah ditambah masalah JMB pula.
Ketua Blok AZ5, Mohamad Badruddin, 36, berkata mereka belum terfikir untuk membentuk JMB kerana masih banyak perkara, tuntutan dan masalah bersama pemaju belum diselesaikan.

Menurut Mohamad yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) persatuan penduduk di situ, cara penubuhan JMB bagi pangsapuri berkenaan sangat diragui dan ada unsur penyelewengan kerana ramai penghuni tidak tahu, malah tidak bersetuju dengan kewujudannya. 

“Kami hanya mengetahui pangsapuri ini mempunyai JMB pada Januari lalu apabila pemaju mengarahkan kami berhubung JMB bagi sebarang aduan.
“Apabila JMB terbabit ditanya mengenai perkara ini, mereka menafikannya dan cuba mengelakkan diri.
“Persatuan penduduk dan penghuni mengesyaki sesuatu berlaku dalam pengurusan di pangsapuri kami, kemudian merujuk Pertubuhan Pendaftaran Persatuan Selangor (ROS) mengenai status JMB terbabit dan ROS mengesahkan pendaftaran JMB itu,” katanya.
Mohamad bersama penduduk lain sekali lagi meminta penjelasan JMB terbabit berserta bukti diperoleh daripada ROS dan mereka mengakui menjadi JMB, tetapi memberi alasan sebagai jawatankuasa percubaan.
Susulan itu, laporan polis dibuat penduduk mengenai penyelewengan terbabit pada 21 Februari lalu dan terbaru penduduk membuat laporan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk menyiasat berhubung perkara berkenaan pada 8 Mac lalu.

Bagi penduduk, Azman Mohd Arifin, 44, penubuhan JMB perlu mengikut prosedur dan mendapat persetujuan daripada semua pemilik unit.
Katanya, jika JMB sudah ditubuhkan mereka perlu berkhidmat menyelesaikan masalah penghuni dan bukan menambah atau merumitkan lagi masalah sedia ada.
“Banyak perkara serta tuntutan penghuni belum diselesaikan pemaju, dengan adanya JMB terbabit pemaju lepas tangan dan melepaskan tanggungjawab mereka kepada JMB.
“JMB terbabit pula seperti bersekongkol dengan pemaju tanpa memikir atau memperjuangkan hak kami sebagai pemilik pangsapuri ini,” katanya ketika mengadakan bantahan secara aman di kawasan rumah mereka, baru-baru ini bagi membantah penubuhan JMB.
Azman berharap pihak berkuasa dapat segera membantu mereka menyelesaikan kemelut yang membebani penghuni sebelum tempoh jaminan atau tuntutan berkaitan unit dibeli tamat pertengahan tahun ini.
Sementara itu, Pengerusi Penaja JMB, Mozailan Ismail menolak dakwaan segelintir penduduk di situ yang mengatakan JMB bersekongkol dengan pihak pemaju.
Menurut Mozailan, JMB yang ditubuhkan hanya penaja dan JMB sebenar akan dipilih selepas mesyuarat agung diadakan dalam tempoh terdekat ini.
“Saya bersedia disiasat pihak berkuasa dan akan memberi kerjasama sepenuhnya serta menafikan dakwaan JMB bersubahat dengan pemaju.
“Isu ini timbul kerana segelintir penghuni tidak faham maksud JMB penaja dan saya harap dalam mesyuarat bersama MPS serta pemaju masalah ini dapat diselesaikan,” katanya di sini, semalam.